SENARIO INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA LUAR BANDAR DI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Negara Malaysia kini
sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pada
tahun 2014, penduduk Malaysia kini berjumlah 30,097,900 orang. Pecahan mengikut
kumpulan etnik terdiri daripada Melayu seramai 15,239,300 orang, etnik kedua
iaitu Cina seramai 6,601,000 orang, India pula seramai 1,995,000 manakala kaum Bumiputera
seramai 18,846,500 orang, Bumiputera lain 3,607,200 orang dan Lain-lain seramai
260,000 orang. (Jabatan
Penerangan Malaysia, n.d.)
Hasil
daripada kepelbagaian etnik dan kaum ini, pekerjaan yang dilakukan untuk
mencari rezeki juga ada perbezaannya. Penduduk di bandar melakukan pekerjaan
dimana dapat menjana pendapatan yang lumayan seperti bekerja dalam sektor
koporat dan banyak kilang-kilang besar dibina manakala penduduk luar bandar
hanya melakukan pekerja yang biasa sahaja seperti menjadi petani, peladang,
penternak dan berniaga secara kecil – kecilan sahaja.
Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana di kawasan luar bandar kurang memberangsangkan
berbanding dengan industri-industri di bandar. Hal ini di sebabkan masyarakat
luar bandar kurang diberikan pendedahan dan tidak ambil peduli perkembangan
semasa yang di berikan oleh pihak kerajaan. Pengusaha lebih cenderung
menguruskan perniagaan secara tradisional dan hanya perlu mengeluarkan modal
yang sedikit. Mereka juga enggan untuk mengambil risiko yang besar dalam
perniagaan dan selesa berada di tampuk lama .
Kebanyakan
pengusaha IKS Luar Bandar menggunakan peralatan yang kurang canggih dan
tradisional dalam urusan memproses produk keluaran mereka. Ini menyebabkan
mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk produk tersebut di pasarkan dan
ia juga memberi kesan di mana industri IKS Luar Bandar tidak berkembang seiring
dengan IKS Bandar.
2.0 DEFINISI
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
boleh didefinisikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan
seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz aset tetap, modal, jualan
dan sebagainya bergantung kepada cara mereka menggunakan saiz piawai dan
kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Modal berbayar
bagi IKS adalah kurang dari RM 500 000 dan memiliki tenaga kerja tetap diantara
5 orang hingga 50 orang. Lembaga
Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendefinisikan IKS sebagai sebuah syarikat
yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektor
pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50
orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan). Bagi negara
kita, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan
perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan
dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. (Jabatan
Penerangan Malaysia, n.d.).
Selain
itu, IKS juga merupakan pendokong industri besar dengan mengeluarkan barangan
sokongan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar yang lain seperti
barangan sektor pembuatan makanan. Disamping itu, IKS Luar Bandar hanya diselia
oleh organisasi yang mudah iaitu kebanyakan diasas oleh keluarga dan pekerja
diambil dalam kalangan ahli keluarga terdekat atau penduduk setempat yang tidak
mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Hal ini dapat membantu mereka
meringankan beban yang ditanggung dalam menyara ahli keluarga.
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) mempunyai peranan yang sangat besar dalam membantu
asas perkembangan industri negara. Ia adalah untuk mengelak daripada
pergantungan sensitiviti ekonomi global. Dalam kita menjana ekonomi negara, IKS
boleh dikatakan sebagai nadi serta enjin pelaburan domestik dan ia perlu
dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutama dalam perhubungan ekonomi
dalam jangka masa panjang.
Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi
semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai
sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang
belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan
ekonomi negara selepas 2020. Satu pelan perusahaan atau Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) bagi tempoh 2010 hingga 2020 akan dirangka dan dimasukkan sebagai
sebahagian daripada Model Ekonomi Baru (MEB).
TAHAP PEMBANGUNAN
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA LUAR BANDAR
Pada
masa kini, tahap pembangunan IKS berada pada tahap yang agak memberangsangkan. Hal
ini disebabkan oleh sokongan yang diberikan oleh kerajaan dalam membantu
golongan pengusaha IKS luar bandar supaya lebih berdaya saing dan produktif
dalam meningkatkan lagi produk mereka seterusnya menjana pendapatan yang lebih
lumayan.
Program
latihan dan pembangunan diberikan kepada usahawan-usahawan IKS oleh Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang merupakan agensi
kerajaan bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Sebelum ini, pengusaha
IKS luar bandar tidak mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang lebih
canggih kerana pengusaha hanya menggunakan peralatan tradisional dalam
pemprosessan produk mereka. Hasil daripada program latihan yang diberikan oleh
SMIDEC, pengusaha kini telah menukar peralatan pemprosessan kepada peralatan
moden dengan menggunakan mesin yang lebih canggih dan dapat menjimatkan masa
pembuatannya. Sebagai contoh, pengusaha bahulu kini telah menggunakan mesin
pemutar tepung (mixer) dan juga pembakar kuih (oven) yang lebih besar dan moden
kerana dapat menghasilkan bahulu dalam kuantiti yang banyak serta menjimatkan
masa penghasilannya.
Selain
itu, pengusaha IKS kini lebih berdaya saing dalam mengusahakan perniagaan hasil
daripada Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) yang diberikan oleh Majlis Amanah
Rakyat (MARA) menerusi Program Latihan Keusahawanan. Program-program yang disediakan oleh MARA
telah memberikan impak kepada pengusaha supaya lebih kreatif dan inovatif dalam
menjalankan perniagaan mereka. Produk IKS yang sebelum ini tidak mempunyai
label dan pembungkusan produk kurang menarik telah di tambah baik dengan
menggantikan cara pembungkusan produk yang cantik dan kreatif supaya dapat
menarik perhatian pengguna untuk membelinya.
4.0
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR
TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Dasawarsa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) banyak didirikan
di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu
Produk’. Antara
contoh IKS ialah kilang membuat kerepek, kilang
membuat sos tomato, kilang kraf tangan, kedai menjual makanan tradisional
dan lain-lain lagi.
Kepentingan IKS Luar Bandar diantaranya ialah membuka dan memberi
peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Pengusaha IKS memerlukan ramai
tenaga kerja bagi menjana dan meningkatkan hasil pengeluaran produk mereka
sesuai dengan permintaan pengguna. Contoh
yang dapat kita lihat ialah kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk
menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka dan
memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Sekiranya kurang tenaga kerja, maka
pengusaha akan mengalami kesulitan dan masalah apabila produk mereka gagal
disiapkan seperti yang telah dirancang. Bagi meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah
tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat
setempat . Hal ini dapat membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau
orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Atas sikap keprihatinan
pengusaha IKS ini mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, maka akan
mewujudkan perasaan kekitaan seperti peribahasa Melayu mengatakan orang berbudi
kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja
tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti
produk kilang tersebut. Hal ini jelaslah bahawa IKS bukan sahaja dapat membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara
mengurangkan masalah pengangguran.
Selain itu, IKS di
kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian
dan perikanan. Seperti kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan
mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Lazimnya bahan-bahan mentah ini
adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Kilang
membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula
memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Jadi
secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di
kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini
sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum
ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga
barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang,
keledek, keladi akan meningkat. Akhirnya secara tidak langsung sektor pertanian
akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi
perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Dalam
usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin
meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI,
PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan
kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS boleh dikatakan sebagai serampang
dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi
malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita.
IKS
juga dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Seantero dunia
mengetahui bahawa negara Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada
pelbagai etnik dan kaum dan kita sedia maklum bahawa para pelancong suka
membeli kraf tangan untuk dibawa pulang. Antara barangan kraf tangan yang
popular ialah tembikar, pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar,
bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan ini melambangkan
identiti serta jati diri negara. Pelancong yang datang ke negara kita akan membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata
kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak. Peribahasa
Melayu ada menyebut bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak
kata”. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan
Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Perkara ini
bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa
malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.
Sebagai contoh
Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk
kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh
memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival
jualan. Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih
dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat
perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini,
peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang
bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang
patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan
resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan
penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
5.0
HALANGAN / CABARAN IKS LUAR BANDAR
Pengusaha IKS Luar Bandar mempunyai halangan
utama untuk berkembang dan mampu bersaing dengan usahawan berjaya yang lain
ialah kekurangan modal perniagaan. Sebanyak 35 peratus usahawan merasakan
bahawa mereka amat sukar untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan, manakala
lebih separuh usahawan (55.4%) mengatakan mereka kurang menghadapi masalah
memohon bantuan kerajaan. Sebanyak 68.7 peratus usahawan berjaya mendapatkan
bantuan daripada institusi bank. Antara masalah utama mendapatkan bantuan
kerajaan ialah pengusaha tidak memahami prosedur permohonan dengan tepat, tidak
mengetahui kelayakan peruntukan dan karenah birokrasi permohonan bantuan
kerajaan. Masalah berkaitan dengan permohonan pinjaman bank pula ialah
pengusaha mesti mempunyai rekod perniagaan yang baik serta terpaksa menyediakan
cagaran untuk mendapatkan bantuan sedangkan pengusaha IKS Luar Bandar hanya berniaga
kecil-kecilan sahaja pada peringkat permulaan.
Selain itu, teknik promosi produk IKS kurang
berkesan. Pengusaha IKS hanya menggunakan teknik yang paling kurang memberikan
sumbangan terhadap nilai jualan dan bersifat konvensional iaitu teknik dari
mulut ke mulut dalam hubungan perniagaan paling banyak digunakan. Hal ini
mengakibatkan ruang hebahan terbatas akan menyukarkan usaha untuk memasarkan
produk ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka keberatan untuk mengeluarkan
modal dalam usaha memperkenalkan produk mereka melalui media elektronik, internet
dan media cetak kerana memerlukan pengetahuan dalam bidang ICT dan modal yang
agak tinggi. Keadaan ini menjadikan IKS Luar Bandar kurang diketahui umum
produk keluarannya.
Antara halangan lain dalam IKS ialah kekurangan
tenaga buruh mahir. Pekerja IKS hanya mengikuti latihan daripada mereka yang
mempunyai taraf pendidikan formal yang rendah atau tidak mempunyai pendidikan
formal langsung. Pengusaha memikirkan bahawa kos untuk mewujudkan latihan
kepada pekerja adalah tinggi bagi pengusaha kecil seperti mereka. Kos latihan
bukan sahaja melibatkan kos untuk menghantar pekerja untuk mendapatkan latihan
malah melibatkan kos melepas iaitu kejatuhan keluaran output disebabkan
ketidakhadiran pekerja. Ini berlaku jika tiada pengganti untuk menggantikan
pekerja yang diberikan latihan itu.
6.0
SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR
Dalam usaha memantapkan Industri Kecil dan
Sederhana Luar Bandar, pihak kerajaan dan institusi –institusi kewangan di
Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengemukakan skim-skim sokongan yang
dapat membangunkan lagi sektor perniagaan kecil ini.
Antara inisiatif yang disediakan ialah
kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan perniagaan
oleh institusi-institusi kewangan dan agensi serta badan kerajaan tertentu sahaja.
Pengusaha IKS dapat membuat pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(TEKUN) dibawah kawalan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. TEKUN
Nasional ini banyak memainkan peranan dalm pembangunan keusahawanan dan
memberikan perkhidmatan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil. Selain itu, Bank
Negara juga telah menubuhkan Unit Khas Enterprise Kecil dan Sederhana yang
bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk menperolehi
pembiayaan.
Disamping itu, kerajaan juga turut menyediakan
pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan melalui agensi
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Majlis Amanah
Raya (MARA) dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kopersi (MECD).
Program latihan keusahawanan yang diberikan dapat meningkatkan lagi kecekapan
dan memberi nilai tambah kepada pengusaha memajukan lagi perniagaan mereka.
7.0
LANGKAH – LANGKAH MENDORONG DAN
MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
Dalam usaha membangunkan IKS Luar Bandar,
pengusaha itu sendiri perlu berubah sikap dan sanggup menanggung risiko.
Pengusaha perlu mempunyai motivasi yang kuat dan berani dalam melakukan
perubahan sekiranya ingin Berjaya dalm bidang perniagaan. Jalinan sikap
bekerjasama antara pengusaha IKS juga perlu wujud terutama pengusaha
bumiputera. Sebagai contoh, sekiranya kos untuk memasarkan produk di pasar raya
adalah tinggi, pengusaha boleh bergabung dengan pengusaha yang lain untuk
menggunakan satu jenama dengan sistem pengbungkusan yang berkualiti dan dapat
diterima oleh pasar raya.
Pengusaha IKS Luar Bandar perlu memanfaatkan
sepenuhnya kemajuan teknologi yang terdapat di negara kita bagi meningkatkan
keberkesanan pengurusan seterusnya membawa kepada peningkatan kecekapan dan
produktiviti IKS itu sendiri. Penggunaan peralatan mesin yang canggih
membolehkan IKS meningkatkan kualiti produk dan jumlah pengeluaran dari
sebelumnya. Peningkatan kos taraf hidup dan pengeluaran, semestinya penggunaan
mesin amat relevan kerana kita tidak perlu menggaji ramai pekerja seterusnya
meminimumkan kadar bayaran gaji pekerja. Selain itu, penggunaan mesin juga
dapat menjimatkan masa kerana sesuatu proses pengeluaran dapat berlaku dengan
cepat kerana mesin yang moden dan canggih mampu menghasilkan jumlah pengeluaran
produk dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai
contoh, mesin pemotong pisang atau ubi yang boleh memotong pisang atau ubi
dengan lebih efektif berbanding menggunakan tenaga manusia. Kualiti produk dan
perkhidmatan sentiasa terkawal dan berada dalam keadaan yang baik kerana mesin
tidak kenal erti jemu dan penat dalam menghasilkan produk berbanding tenaga
manusia yang boleh menjejaskan kualiti dan prestasi perniagaan.
Kerajaan turut memainkan peranan yang sangat
penting untuk membangunkan lagi IKS Luar Bandar dengan menyediakan
infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertubuhan industri ini.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ialah kilang dan bengkel,
penyediaan subsidi tanah, subsidi mesin dan subsidi pengangkutan dan
sebagainya. Kemudahan ini bertujuan untuk memberikan keselesaan, kemudahan
serta menjadi perangsang kepada IKS untuk meningkatkan produktiviti organisasi.
Antara contoh yang dapat diberikan ialah
penyediaan tanah oleh kerajaan, pengusaha boleh memanfaatkan kemudahan tersebut
untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan atau sebagai tempat untuk menghasilkan
bahan mentah keluaran sendiri. Ini dapat mengurangkan kos kerana tidak perlu
mengeluarkan dana untuk membayar sewa dan kos bahan mentah.
Disamping itu, pengusaha IKS harus memanfaatkan
sepenuhnya penggunaan internet dalam perniagaan mereka kerana dengan
menggunakan internet sebagai medium perniagaan, mereka mampu meluaskan pasaran
ke seantero dunia dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos promosi dan
pengiklanan. Kemampuan internet yang melangkaui batas-batas sempadan politik
dan geografi tanpa sebarang halangan dalam masa yang singkat dapat menyumbang
kepada kejayaan IKS sekiranya dapat menggunakan dengan sebaiknya. Banyak
kebaikan penggunaan internet kepada pengguna, organisasi dan masyarakat kerana
dengan pelaburan yang rendah, pengusaha IKS dapat mempromosikan produk keluaran
mereka kepada pengguna seluruh dunia serta mereka juga boleh berhubung dengan
pelanggan dengan lebih dekat lagi tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan. Laman
sosial yang semakin rancak digunakan seperti facebook,myspace, skype dan
sebagainya boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan produk keluaran IKS
dimana dapat menarik lebih ramai pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan yang
lama tanpa mengambil kira faktor umur.
8.0
KESIMPULAN
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini semakin
mendapat perhatian masyarakat umum dan dunia. Ini kerana IKS kini menjadi
kepada pemangkin ekonomi negara yang kini sedang menuju ke arah Wawasan 2020.
Pengusaha IKS perlu siap siaga dalam menghadapi persaingan dalam pasaran. Dalam
bersaing di peringkat global, penggunaan teknologi yang bersesuaian dan
ketersediaan sistem maklumat bersepadu juga penting bagi menjamin kelancaran
perniagaan. Kebanyakan pengusaha IKS dahulu tidak berkembang selari dengan
perkembangan teknologi yang hanya menggunakan sistem konvensional atau
tradisional. Ini memberi kesan kepada kos pemilikan keseluruhan akan meningkat
dan secara langsung mengurangkan jumlah keuntungan firma.
Pengusaha IKS harus beranikan diri melangkah
keluar dari kedudukan sekarang agar dapat meningkatkan lagi ekonomi serta
perniagaan yang sedang diusahakan. Mereka juga harus bijak menggunakan peluang
yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta pandai membuat keputusan dalam
membangunkan perniagaan mereka. Hanya pengusaha yang berani menyahut cabaran
dalam menongkah arus globalisasi kini yang akan berjaya dalam perniagaan mereka
seterusnya menempah nama di peringkat yang lebih tinggi.


Casino games to play for free online - DrMCD
ReplyDeleteThe world's first free 여수 출장안마 online 거제 출장마사지 casino app, The Winery, brings the best online slots, 충청남도 출장안마 table games and live 당진 출장샵 dealer games to your 춘천 출장마사지 smartphone, tablet, and more.